Dasar Privasi

Kami, SUSHIRO MALAYSIA SDN. BHD. (“Syarikat kami”) mengiktiraf kepentingan dan menganggapnya sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk melindungi data peribadi pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pekerja kami dalam menjalankan perniagaan kami di bawah kenyataan visi syarikat kumpulan kami di bawah FOOD & LIFE COMPANIES LTD. (Jepun) ("Kumpulan tersebut") – "Jadikan setiap hari lebih lazat. Sebarkan kegembiraan ke seluruh dunia.”
Berdasarkan kenyataan ini, kami komited dalam mengikuti arahan Kumpulan tersebut untuk membina, mengendalikan dan terus menambah baik sistem pengurusan perlindungan data peribadi kami untuk melaksanakan dan mengekalkan Dasar Privasi ini. "Data Peribadi" haruslah ditafsirkan seperti yang diterangkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) Malaysia dan hendaklah termasuk, antara lain, sebarang maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi seperti nama, alamat e-mel, alamat penghantaran dan pengebilan dan maklumat lain yang tidak didedahkan kepada umum berkaitan dengan perkara di atas (selepas ini dirujukkan sebagai "Data Peribadi").

1. Persetujuan

Dengan mengakseskan atau sebaliknya menggunakan platform/laman web kami, anda bersetuju menerima terma-terma dan syarat-syarat Dasar Privasi ini, yang dimasukkan ke dalam dan menjadi sebahagian daripada syarat perkhidmatan kami. Anda dengan ini secara nyata bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda menurut Dasar Privasi ini.

Pemprosesan dan penyimpanan Data Peribadi anda akan ditadbir oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Data Peribadi anda tidak akan digunakan atau didedahkan untuk tujuan yang anda tidak memberikan kebenaran kepada atau yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai di Malaysia.

2. Pengumpulan Data Peribadi

Kami mengumpul, menggunakan dan menyimpan Data Peribadi yang anda serahkan kepada kami secara sukarela (termasuk maklumat yang anda serahkan dalam proses mendaftar atau mengedit akaun dan profil pengguna anda) setakat yang diperlukan untuk operasi kami, dan dalam skop seperti yang dinyatakan di bawah ini .

Kami mungkin akan menerima Data Peribadi tentang anda daripada sumber-sumber lain yang anda telah bersetuju dengan nyata. Jika anda menghantar e-mel kepada kami, kami akan mengumpul alamat e-mel anda dan kandungan penuh e-mel anda, termasuk fail yang dilampirkan, jika ada, dan maklumat lain yang anda berikan.

Semasa anda menggunakan laman web ini, maklumat tertentu mungkin juga akan dikumpul dan disimpan secara pasif pada log pelayan kami atau pembekal perkhidmatan kami, termasuk alamat protokol Internet anda, jenis penyemak imbas, sistem pengendalian dan maklumat lokasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada kedudukan GPS, maklumat Wi-Fi dan maklumat Bluetooth yang dikumpul daripada peranti elektronik anda seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, komputer dan lain-lain).

3. Penggunaan Data Peribadi

Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini, kami tidak menjual, berdagang, menyewa, atau berkongsi Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada pihak ketiga, melainkan anda membenarkannya atau membenarkan kami berbuat demikian, untuk tujuan pemasaran.

Data Peribadi yang kami kumpulkan adalah terhad untuk digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Data Peribadi yang berkaitan dengan pelanggan
    • Untuk menjawab, mengesahkan, dan merekodkan pendapat dan pertanyaan pelanggan untuk penambahbaikan, dan untuk menjalankan langkah anti-penipuan untuk menyediakan perkhidmatan dengan sewajarnya dan selamat
    • Untuk memberikan maklumat tentang diskaun, tawaran istimewa, aktiviti promosi dan perkhidmatan baharu kepada pelanggan (contohnya berdasarkan lokasi semasa pelanggan)
    • Untuk memaklumkan setiap pelanggan tentang status menunggu tempat duduk mereka di kedai Kumpulan
    • Untuk menghubungi pelanggan yang memesan produk untuk diambil di kedai Kumpulan
    • Untuk memaklumkan hadiah/memantau pemenang kempen; untuk menyediakan produk dan ganjaran kepada pemenang tersebut; dan untuk memberi respons dalam merancang dan mengurus acara
    • Untuk menjalankan tinjauan soal selidik mengenai perkhidmatan dan produk dan untuk menjawab pertanyaan pelanggan
    • Untuk menjalankan tinjauan atas permintaan, untuk pembangunan produk dan lain-lain mengikut kumpulan umur, jantina, struktur keluarga dan maklumat serantau
    • Untuk mengesahkan pendaftaran perkhidmatan ahli sahaja dan untuk menyediakan perkhidmatan
    • Untuk memaklumkan penghantaran produk, dan mengatur pengendali perniagaan yang berkaitan untuk transaksi komersial dan untuk menghantar invois dan dokumen lain untuk transaksi komersial
    • Untuk memaklumkan produk dan perkhidmatan baharu kami mengikut minat dan keutamaan pelanggan menganalisis data sejarah penyemakan imbas dan sejarah pembelian pelanggan
    • Untuk menambah baik perkhidmatan kami dan untuk tinjauan menganalisis statistik penggunaan Perkhidmatan.
  2. Data Peribadi yang berkaitan dengan rakan kongsi perniagaan
    • Untuk memaklumkan, melaporkan dan menyelesaikan transaksi-transaksi
    • Untuk mengesahkan, merekod dan merundingkan tawaran perniagaan untuk hartanah untuk digunakan sebagai kedai
  3. Data Peribadi yang berkaitan dengan pemohon pekerjaan dan pemohon untuk aktiviti tertentu
    • Untuk menghubungi dan memberikan maklumat kepada pemohon pekerjaan dan pemohon untuk aktiviti tertentu dan sebaliknya digunakan untuk aktiviti pengambilan pekerjaan.
  4. Data Peribadi yang berkaitan dengan pegawai, pekerja, dan bekas pekerja setiap syarikat di bawah Kumpulan tersebut dan ahli keluarga mereka
    • Untuk komunikasi perniagaan, kehadiran kerja, penilaian kakitangan, faedah dan kebajikan pekerja, pembayaran gaji, dan sebagainya.
  5. Data Peribadi yang berkaitan dengan jiran setiap kemudahan Kumpulan tersebut
    • Untuk hubungan kecemasan dan lain-lain yang diperlukan
  6. Data Peribadi yang berkaitan dengan orang yang dirakam oleh satu atau lebih kamera keselamatan yang dipasang di setiap kemudahan Kumpulan tersebut
    • Untuk mencegah jenayah dan bencana di kemudahan dan untuk menjaga keselamatan di kemudahan
  7. Data Peribadi yang berkaitan dengan pemegang saham
    • Untuk pemegang saham melaksanakan hak mereka dan bagi Syarikat kami untuk memenuhi kewajipannya di bawah Akta Syarikat
    • Untuk Syarikat kami memberi manfaat kepada para pemegang saham
    • Untuk melaksanakan langkah-langkah untuk memudahkan hubungan antara pemegang saham dan Kumpulan tersebut
    • Untuk mengurus pendaftaran pemegang saham, seperti menyediakan data berdasarkan undang-undang dan peraturan

4. Pendedahan Data Peribadi

Kami mungkin akan berkongsi sebahagian atau semua Data Peribadi anda dengan syarikat gabungan dan kumpulan kami yang berada di bawah kawalan bersama di bawah Kumpulan tersebut, atau kepada suatu atau lebih banyak kontraktor setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

Walaubagaimanapun, kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga, melainkan yang dipersetujui oleh anda dengan nyata atau jika kami percaya dengan suci hati bahawa pendedahan tersebut adalah diperlukan:

  1. untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan atau untuk membalas kepada sepina atau waran yang disampaikan kepada kami; atau
  2. untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta kami, anda atau pihak ketiga.


Sila ambil perhatian bahawa Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan dan diproses di luar Malaysia.

5. Keselamatan

Syarikat kami mengambil langkah pengurusan keselamatan yang diperlukan dan sesuai dalam mencegah sebarang kebocoran, kehilangan, atau kerosakan pada Data Peribadi. Kami mengawasi pekerja-pekerja dan kontraktor-kontraktor kami (termasuk subkontraktor) yang mengendalikan Data Peribadi dengan semestinya dan sewajarnya.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar ke laman web kami; sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri dan anda bersetuju supaya kami tidak memikul sebarang tanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pelanggaran keselamatan semasa mengakses Internet yang di luar kawalan kami.

6. Mengenai Cookies

Dalam laman wed ini, Syarikat kami menggunakan Google Analytics oleh Google Inc. untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menganalisis penggunaan laman web. Google Analytics mengumpul dan menyimpan cookies pengguna. Anda boleh menonaktifkan fungsi cookies dengan menukar tetapan penyemak imbas anda, bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa, dengan berbuat demikian, sebahagian fungsi daripada laman web mungkin tidak tersedia atau tidak dapat digunakan.

Laman web Google Analytics (laman luaran)
https://policies.google.com/technologies/ads?hl=ms

*Cookies adalah suatu mekanisme untuk menyimpan data sementara pada komputer pengguna melalui penyemak imbas apabila pengguna melawat laman web. Maklumat yang dikumpul oleh cookies tidak termasuk Data Peribadi pengguna.

7. Hak di bawah PDPA

Seseorang yang dengan sendirinya mendedahkan Data Peribadinya kepada Syarikat kami, atau ejen yang diberi kuasa, mempunyai hak berikut di bawah PDPA:

  1. Hak akses kepada data peribadi
    Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang diproses oleh kami dengan notis bertulis yang munasabah.
  2. Hak untuk membetulkan data peribadi
    Anda mempunyai hak untuk meminta pembetulan dan/atau kemas kini data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini.
  3. Penarikan balik persetujuan data peribadi
    Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi dengan notis bertulis yang munasabah.
  4. Hak untuk menghalang pemprosesan data peribadi
    Anda boleh meminta untuk menghalang atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuk yang boleh menyebabkan kerosakan atau kesusahan yang substantial kepada anda atau orang lain, atau untuk tujuan pemasaran langsung, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang berkenaan, syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.


Syarikat kami akan membalas dengan segera kepada permintaan selepas pengesahan identiti peminta menurut dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.

Untuk prosedur terperinci, sila hubungi alamat e-mel seperti yang disediakan di bawah.

8. Pindaan kepada Dasar Privasi

Syarikat kami boleh meminda dasar privasi ini tanpa notis awal dari semasa ke semasa sebagai tindak balas kepada perubahan dalam keadaan sosial, semakan undang-undang atau peraturan, atau sebarang peristiwa lain, bila-bila masa yang diperlukan dan berkaitan.

9. Penyelia Bertanggungjawab

SUSHIRO MALAYSIA SDN. BHD.

[Details]

10. Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan polisi perlindungan Data Peribadi Syarikat atau Data Peribadi yang disimpan oleh Syarikat kami, sila hubungi butiran perhubungan berikut:

[Contact details]
E-mail address: info@sushiro.com.my

Butiran hubungan di atas hanya menjawab pertanyaan tentang Data Peribadi. Sila gunakan Borang Pertanyaan untuk pertanyaan lain.

Disunting pada 27hb Julai 2024

Privacy Policy

We, SUSHIRO MALAYSIA SDN. BHD. (the “Company”) recognised the importance and take it as a social responsibility to protect the personal data of our customers, business partners and employees in conducting our businesses under the vision statement of our group company under FOOD & LIFE COMPANIES LTD. (Japan) (the “Group”) – “Make every day more delicious. Spread joy around the world.”

In light of this statement, we are devoted in following the Group’s direction to build, operate, and continue to improve our personal data protection management system in order to implement and maintain this Privacy Policy. "Personal Data" shall bear the interpretation as described in the Malaysia Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) and shall include, among others, any of your information that is personally identifiable such as the name, e-mail address, delivery and billing addresses and other non-public information that is associated with the foregoing (hereinafter also referred to as “Personal Data”).

1. Consent

By accessing or otherwise using our platform/website, you agree to the terms and conditions of this Privacy Policy, which is incorporated into and forms a part of our terms of service. You hereby expressly consent to the processing of your Personal Data according to this Privacy Policy.

The processing and storage of your Personal Data will be governed by the Malaysia Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”). Your Personal Data will not be used or disclosed for purposes for which you have not given consent or which are not permitted under applicable law in Malaysia.

2. Collection of Personal Data

We collect, use, and keep Personal Data that you submit to us voluntarily (including the information that you submit in the process of creating or editing your account and user profile) to the extent necessary for our operations, and within the scope as specified hereunder.

We may receive Personal Data about you from other sources which you have expressly consented to. If you send an e-mail to us, we will collect your e-mail address and the full content of your e-mail, including attached files, if any, and other information you provide.

As you use this website, certain information may also be passively collected and stored on our or our service providers’ server logs, including your Internet protocol address, browser type, operating system and location information (including but not limited to GPS position, Wi-Fi information and Bluetooth information collected from your electronic devices such as smartphones, tablets, laptop, computers and etc.).

3. Use of Personal Data

Except as otherwise stated in this Privacy Policy, we do not sell, trade, rent, or otherwise share for marketing purposes the Personal Data that we collect from third parties, unless you consented to it or authorize us to do so.

The Personal Data we collected are limited to be used for the following purposes:

  1. Personal Data related to customers
    • To respond to, confirm, and record customer’s opinions and inquiries for improvements, and to carry out anti-fraud measures for providing services appropriately and safely
    • To provide information on discounts, special offers, promotion activities and new services to customers (for instance based on customers’ current location)
    • To inform each customer of his or her seat waiting status at a Group store
    • To contact customers who ordered products to pick up at a Group store
    • To notify prize/monitor campaign winners; to provide products and rewards to such winners; and to make responses in planning and managing events
    • To conduct questionnaire surveys, regarding services and products and to respond to customer inquiries
    • To conduct surveys on demand, for product development and others by age group, gender, family structure, and regional information
    • To confirm registration of members-only services and to provide services
    • To inform of the delivery of products, and arrange relevant business operators for commercial transactions and to send invoices and other documents for commercial transactions
    • To inform our new products and services according to customers’ interests and preferences analyzing customers’ data of browsing history and purchase history
    • To improve our services and for surveying analyzing usage stats of the Services.
  2. Personal Data related to persons belonging to business partners
    • To inform, report, and settle transactions
    • To confirm, record, and negotiate business deals for properties to be used as stores
  3. Personal Data related to job applicants and applicants for specific activities
    • To contact and provide information to job applicants and applicants for specific activities and to otherwise use for recruitment activities
  4. Personal Data related to the officers, employees, and ex-employees of each Group company and their family members
    • For business communication, work attendance, personnel evaluation, employee benefits and welfare, salary payment, etc.
  5. Personal Data related to neighbors of each Group facility
    • For emergency and other necessary contacts
  6. Personal Data related to persons recorded by one or more security cameras installed in each Group facility
    • To prevent crimes and disasters in the facility and to maintain safety in the facility
  7. Personal Data related to persons recorded by one or more security cameras installed in each Group facility
    • For shareholders to exercise their rights and for the Company to fulfil its obligations under the Companies Act
    • For the Company to provide benefits to the shareholders
    • To implement measures to facilitate the relationship between the shareholders and the Group
    • To manage shareholders registry, such as preparing data based on laws and regulations

4. Disclosure of Personal Data

We may share some or all of your Personal Data with our affiliated and group companies that are under a common control under the Group, or to one or more contractors to the extent necessary to achieve the purposes as stated above.

However, we will not disclose your personal data to any third party, unless you have expressly consent to it or if we believe in good faith that such disclosure is necessary:

  1. to comply with relevant laws and regulations or to respond to subpoenas or warrants served on us; or
  2. to protect and defend our rights or property, you, or third parties.


Please note that your Personal Data may be transferred, stored and processed outside Malaysia.

5. Security

The Company takes necessary and appropriate safety management measures in preventing any leakage of, loss of, or damage to Personal Data. We supervise our employees and contractors (including subcontractors) who handle personal data necessarily and appropriately.
However, we cannot guarantee the security of your data transmitted to our site; any transmission is at your own risk and you agree not to hold us responsible for any breach of security while accessing the Internet that is out of our control.

6. About Cookies

In this website, the Company uses Google Analytics of Google Inc. to improve user experience and to analyze site usage. Google Analytics collects and stores users’ cookies. You can disable the cookie function by changing your browser settings, however, please note that, by doing so, part of the website may not be available.

Google Analytics’ website (external site) https://policies.google.com/technologies/ads?hl=ms

*Cookies are a mechanism to temporarily store data on a user’s computer through a browser when a user visits a website. Information collected by cookies does not include users’ Personal Data.

7. Rights under PDPA

A person who has by him/herself disclosed his or her Personal Data to the Company, or a duly authorized agent, has the following rights under PDPA:

  1. Right of access to personal data
    You have the right to request for access to your personal data processed by us with reasonable written notice.
  2. Right to correct personal data
    You have the right to request for correction and/or update of your personal data that is inaccurate, incomplete, misleading or outdated.
  3. Withdrawal of consent to personal data
    You may withdraw your consent to the processing of personal data with reasonable written notice.
  4. Right to prevent processing of personal data
    You may request to prevent or limit our processing of your personal data, including those which may cause substantial damage or distress to you or another person, or for direct marketing purposes, subject to any applicable legal restrictions, contractual conditions and within a reasonable time period.


The Company will respond promptly to the request after identity verification of the requestor in accordance with and subject to the laws and regulations.

For detailed procedures, please make a contact to the email address as provided below.

8. Amendments to Privacy Policy

The Company may amend this privacy policy without prior notice from time to time in response to a change in the social conditions, a revision of a law or regulation, or any other event, whenever it is necessary and relevant.

9. Supervisor In Charge

SUSHIRO MALAYSIA SDN. BHD.